Friday, November 26, 2010

26 Nov

Lama gak aku tak update blog ni. Bukan ape, aku kena bisul. Kat mana? Tak perlu cerita kat sinilah. Buat malu je. Sakitnya amat menyiksakan. Aku pernah terfikir sebelum ni. Dah lama aku tak diserang penyakit. Masa Hari Q yang lepas aku telah dianugerah guru tanpa MC. Tak pernah cuti sakit.  Dah lama tak sakit. Aku tertanya-tanya. Tuhan dah lupa kat aku ke. Tup-tup dua hari nak tutup sekolah bisul yang agak terukpun muncul. Selalunya aku cergas berjalan. Tapi hari tu, aku jalan lemah-lembut ala-ala orang baru lepas bersalin. Jumaat, hari akhir persekolahan, aku duduk saja kat makmal. Aku tak dapat nak turun ke dewan untuk majlis restu ilmu murid-murid T5. Dia orang pandai pulak cari aku kat makmal. Minta restu,minta maaf dan minta doakan kejayaan mereka. Setiap mereka bertanya kenapa tak ke dewan. Jawapan ringkas di beri - Cikgu kena bisul, susah nak jalan.

Hari ni, 26 Nov. Aku dah sembuh sepenuhnya. Alhamdulliah. Tuhan masih sayang kat aku. Diberinya aku sakit supaya aku beringat jaga kesihatan. Semasa kesakitan memuncak teramat sangat (bisul dekat-dekat nak pecah) aku jerit Why Me !. Lepas tu aku imbas kembali apa dosa aku sampai tuhan bagi kesakitan yang tak tertanggung ini. Setelah kewarasan datang semula, aku reda dan bersabar. Halijah carikan pucuk pokok julang dan minta aku ramas hancur dan pupuk kat bisul. Alhamdulillah mata bisul dapat dikeluarkan keesaokan harinya. Syukur.

Sekarang ni aku nak sambung buat takwim tahun 2011. Jumpa lagi.

Thursday, November 18, 2010

18 Nov

Jumpa lagi
Hari ni semua budak SPM susun kerusi dan meja di dewan. Selasa depan diarang nak pereksa SPM. Yang hebatnya budak 5 Alfa siap buat math sambil susun meja. Mereka bincang dengan budak 5 Sains. Yang aku nampak budak perempuan je macam tu. Budak lelaki nampak lebih releks. Taklimat peperiksaan diberikan oleh Pn Fadzillah (Guru Cemerlang)

Hati ni berdebar-debar juga mengenangkan anak-anak murid nak duduk peperiksaan besar. Aku fikir aku dan anak-anak muridku dah usaha sehabis baik. Aku harap keputusan nanti memberangsangkan. Usaha sudah. Doa sudah. Tinggal tawakal je. InsyaAllah semuanya berjalan lancar dan kejayaan dapat digenggam. Wasallam

Tuesday, November 16, 2010

16 Nov 2010

Terharu aku kerana ank muridku Azizi 5 MPV bagitau dia dah melawat blog ni. Terima kasih Azizi. SPM ni jawab betul-betul. Tingkatkan usaha dan banyakkan doa. Lepas tu tawakal. Cikgu fikir kamu ada potensi lebih maju. Kamu beri tau saya tentang cadangan awak untuk masuk Giat Mara. Baguslah tu. Cikgu harap kamu mohon juga IPT selepas dapat keputusan SPM.
Apa yang penting kamu jaga prestasi kamu dalam peperiksaan SPM ni. Kenal prestasi diri dan jangan sombong. Kamu telah menang anugerah Amali MPV terbaik dan Kehadiran 100 %. Maka Cikgu fikir kamu berpotensi untuk cemerlang dalam apa bidang yang kamu ceburi selepas ini. Ikut pengelaman Cikgu, orang yang mempunyai jati diri berkemungkinan besar berjaya dalam hidupnya.
Cikgu doakan kamu berjaya dan bahagia dalam kehidupan kamu.

Wednesday, November 10, 2010

10 Nov

Hari ni 10/11/10 Rabu selesailah Hari Q SMK Naning. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Semuanya tersenyum lega.
Lama gak aku tak update blog ni. Sempena Deepavali SMK Naning cuti 5 hari sejak Khamis 4/11/10. Tarikh lahir blog ni. Aku dan murid-muridku meriahkan cuti ni dengan kelas bimbingan Sains dan Maths. Yang hebatnya murid-murid berbangsa India mengorbankan cuti raya diorang dengan menghadiri kelas ni. Memang mereka telah dapat cahaya. Clulochana, Kumutha dan Jega, cikgu doakan agar kamu beroleh kecemerlangan dalam SPM tahun ni. Chulo bercita-cita menjadi jururawat, sebab tu dia tak nak lepaskan kelas Sains dan Matematik. 
Kepada semua bebudak Tingkatan 5 yang nak ambil SPM, sedar-sedarlah diri. SPM dah dekat.Berjuang dan terus berjuang demi masa depan yang gemilang.

Friday, November 5, 2010

5 Nov 2010

Hari ni Cuti Umum Deepavali. Aku balik Seremban. Masa beli nasi dagang dan nasi kerabu kat gerai tepi jalan, tak disangka-sangka bekas anak muridku di SMK Seri Pagi berniaga di situ. Syukur kerana anak muridku itu belajar berniaga. Taklah melepak buang masa. Cara melayan pelanganpun bagus. Masakannyapun sedap. Walaupun sekadar menolong ibunya berniaga, aku pasti pelajaran yang diperolehnya tidak boleh dipelajari di mana-mana sekolah. Aku doakan dia berjaya menjadi usahawan.

Aku juga ambil kesempatan menjenguk SMK Seri Pagi yang telahku tinggalkan sejak dua tahun lalu kerana berpindah ke SMK Naning. Ba nyak perubahan. Ada Dewan besar, Blok Makmal yang baru dan pintu pagar kedua.  Di SMK Naning juga ada dewan walaupun lebih kecil. Istimewanya dewan tu diusahakan oleh PIBG sekolah Naning.

Lepas ni, aku nak melawat adik ipar aku Mohd Amin yang masuk wad sebab kencing kotor. Aku doakan dia cepat sembuh sebab anak-anaknya rindu kat dia.

OK lah, budak-budak tu nak beli ais krim sebelum ke SALAM (Senawang Specialist Center). Jumpa lagi. Salam.

4 NOV

Sekolah buat posr mortem percubaan SPM. Prestasi Sains dan Matematik agak teruk. Susah hati jugak dibuatnya. Habis mesyuarat aku tertanya-tanya, bodoh sangat ke aku mengajar. Atau aku tak cukup ikhlas mengajar. Selepas mengalir beberapa titis air mata dan air hidung, aku terus pasang tekad. Perlukan perang besar-besaran. Aku doakan agar semua anak muridku 5 Sains, 5 Alfa dan 5 MPV lulus dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil dalam SPM 2010. Mereka ni belajar ikut jadual anjal yang dipanggil ICC. Setiap pagi Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mereka ada slot solat hajat. Akupun join sama. Harap-harap apa yang kami hajatkan termakbul. Aku bersyukur kerana Ustaz Rosli dan Ustaz Hamzah bergilir-gilir mengimam solat dan memberi tazkirah.
Tak cukup ICC, kami buat kelas tambahan pada hujung minggu. Nampaknya anak-anak murid mula tunjuk kesungguhan setelah diberi nasihat. Kalau sebelum ini kelas hujung minggu yang aku buat, lebih kurang 10 orang je yang datang. Tapi kali ni 20 - 30 yang datang. Ada yang minta aku buka kelas malam. Kagum betul. Kalaulah dia orang sedar diri lebih awal alangkah bagusnya.
Nadrah ada telefon aku, bagitau lama tak datang sekolah sebab sakit kena buatan orang. Aku doakan semoga dia cepat sembuh. Rahimi yang jatuh motor terkehel bahu dah datang sekolah semula. Aku doakan semua muridku selamat dan berjaya dalam SPM 2010.