Tuesday, July 12, 2016

PT3 - Geografi 2016

PT3 - Kerja Kursus Geografi

Setelah berhempas-pulas menyiapkan kerja kursus sejarah, tiba masanya untuk menyiapkan kerja kursus geografi. Cikgu percaya kali ini kamu lebih berkeyakinan selepas berpengalaman melengkapkan tugasan sejarah. Cikgu doakan kejayaan kamu semua.

Bermula 17 Julai hingga 29 Julai 2016 tugasan geografi ini perlu disiapkan. Tajuk tahun ini ialah Sistem Pengangkutan di Malaysia. Cikgu ada terjumpa satu portal yang sangat baik untuk rujukan kamu. Sila klik pautan di bawah.

PT3 Geografi 2016

Ini bermakna kamu boleh memulakan langkah pencarian maklumat supaya kamu lebih bersedia pada 17 Julai.

Cikgu doakan kamu semua berjaya capai gred A untuk mata pelajaran Geografi. Insya Allah.

Cikgu Suzie Sayang Kamu.

Thursday, December 4, 2014

Saya Cikgu Suzie

Salam. Lama betul cikgu tak update blog ni. Cikgu sekarang di SMK Taman Tuanku Jaafar.  Tiga tahun kebelakangan ni sangat mencabar buat cikgu.  Suami cikgu dah meninggal dunia. Jadi sekarang cikgu tinggal bersama ibu bapa cikgu di Seremban.
Cikgu rasa selesa dengan kehidupan sekarang.  Segalanya berkat kesabaran dan sokongan ahli keluarga, kawan-kawan dan semua anak murid.  Terima kasih semua.

Friday, November 26, 2010

26 Nov

Lama gak aku tak update blog ni. Bukan ape, aku kena bisul. Kat mana? Tak perlu cerita kat sinilah. Buat malu je. Sakitnya amat menyiksakan. Aku pernah terfikir sebelum ni. Dah lama aku tak diserang penyakit. Masa Hari Q yang lepas aku telah dianugerah guru tanpa MC. Tak pernah cuti sakit.  Dah lama tak sakit. Aku tertanya-tanya. Tuhan dah lupa kat aku ke. Tup-tup dua hari nak tutup sekolah bisul yang agak terukpun muncul. Selalunya aku cergas berjalan. Tapi hari tu, aku jalan lemah-lembut ala-ala orang baru lepas bersalin. Jumaat, hari akhir persekolahan, aku duduk saja kat makmal. Aku tak dapat nak turun ke dewan untuk majlis restu ilmu murid-murid T5. Dia orang pandai pulak cari aku kat makmal. Minta restu,minta maaf dan minta doakan kejayaan mereka. Setiap mereka bertanya kenapa tak ke dewan. Jawapan ringkas di beri - Cikgu kena bisul, susah nak jalan.

Hari ni, 26 Nov. Aku dah sembuh sepenuhnya. Alhamdulliah. Tuhan masih sayang kat aku. Diberinya aku sakit supaya aku beringat jaga kesihatan. Semasa kesakitan memuncak teramat sangat (bisul dekat-dekat nak pecah) aku jerit Why Me !. Lepas tu aku imbas kembali apa dosa aku sampai tuhan bagi kesakitan yang tak tertanggung ini. Setelah kewarasan datang semula, aku reda dan bersabar. Halijah carikan pucuk pokok julang dan minta aku ramas hancur dan pupuk kat bisul. Alhamdulillah mata bisul dapat dikeluarkan keesaokan harinya. Syukur.

Sekarang ni aku nak sambung buat takwim tahun 2011. Jumpa lagi.